MALAYSIAKINI
Logo Perikatan Nasional yang dipercayai akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sabah, didedahkan hari ini.
Menurut sumber, logo yang tertera nama gabungan itu dengan tulisan warna putih dengan latar belakang warna biru, didedahkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan pemimpin parti di Sabah hari ini.
Perkembangan itu hadir selepas program pelancaran PN dilaporkan dibatalkan.
"Acara pelancaran dibatalkan kerana tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (pada waktu itu).
"Muhyiddin baru saja menerima panggilan awal hari ini dari SPR (memberikan kelulusan untuk digunakan dalam pilihan raya Sabah)," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah menghubungi SPR untuk mendapatkan pengesahan.
Acara pelancaran lain dijangka akan diatur dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan