HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Ogos 2020

Parah juga TH dikerjakan PH- Najib

Norlaile Abd Rahman
MGF08052020_TEMUBUAL-DS-NAJIB-RAZAK_21-681x454
Najib Razak

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan ke mana menghilangnya wang sebanyak RM10.9 bilion dalam Tabung Haji (TH) selepas kerajaan melakukan langkah penyelamatan dengan menyuntik dana sebanyak RM19.8 bilion.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, TH hampir rugi sebanyak RM12 bilion pada tahun 2018 jika tidak disuntik dengan dana sebanyak RM19.8 bilion itu.

Bagaimanapun, bagaimana wang berjumlah RM10.9 itu digunakan tidak dinyatakan dalam penyata kewangan yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Malah dakwaan TH mengalami surplus RM1 bilion juga adalah tidak benar, kata Najib.

“Parah juga TH dikerjakan PH. Okay, dulu PH tuduh BN terlebih bayar Hibah sehingga TH dalam defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017.

“Sekarang kita mahu tanya PH ke mana perginya defisit RM10.9 bilion ini sedangkan jumlah Hibah dibayar cuma 1.25 peratus atau RM923 juta,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pada April tahun lepas ketika mengumumkan kadar hibah untuk tahun kewangan 2018, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mujahid Yusof turut mengumumkan TH merekodkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Ini katanya, menunjukkan kedudukan kewangan entiti tersebut telah pulih berbanding RM4.1 bilion pada tahun kewangan 2017.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: