Ini susulan selepas Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan senarai 101 projek tender secara langsung bernilai RM6.61 bilion yang menurutnya diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan, dengan Lim sebagai menteri kewangan yang bertanggungjawab.
Lim semalam memberi butiran bagi membuktikan senarai yang dikeluarkan oleh Zafrul itu tidak berasas dan hari ini mendesak senator tersebut supaya tidak pilih kasih dengan hanya mendedahkan projek-projek semasa pentadbiran PH.
Dia juga membidas SPRM, yang menurutnya hanya ingin meneliti projek yang diluluskan oleh PH.
“Zafrul harus dedar projek rundingan terus zaman BN dan penting sekali yang dilulus beliau sendiri dalam PN.
“Buktikan semua projek rundingan terus yang diluluskan beliau sendiri adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat nilai sendiri.
“Jangan ada double standard seperti SPRM yang hanya hasrat kaji projek rundingan terus PH tetapi bukan BN atau PN. Biar fakta bicara sendirinya,” kata Lim pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan