HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Ogos 2020

Zaidi sasar undi BN lebih tinggi berbanding PRU Faiz Zainudin

23,094 pengundi di Slim akan menentukan pilihan mereka 
dalam PRK hari ini yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru 
antara calon BN Mohd Zaidi Aziz dan 2 calon Bebas, iaitu 
Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santhara Sekaran 
Subramaniam.

SLIM: Calon Barisan Nasional (BN) menjangkakan jumlah undi yang diperolehinya dalam pilihan raya kecil (PRK) Slim kali ini lebih tinggi berbanding jumlah diperolehi ketika pilihan raya umum lepas.

Mohd Zaidi Aziz membuat jangkaan itu berdasarkan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

“Saya yakin kita dapat meningkatkan jumlah undi berbanding ketika PRU lalu,” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat mengundi di SK Aminuddin Baki di sini, hari ini

Zaidi turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas daripada semua parti dalam membantu kempen BN.

“Terima kasih kepada semua,” katanya

Terdahulu sebelum memulakan tinjauan di pusat mengundi Zaidi menemui ahli keluarganya memohon restu.

Calon BN Mohd Zaidi Aziz (tengah) bersama-sama petugas 
pilihan raya parti itu hari ini.

Beliau kemudiannya melawat pusat mengundi SK Pekan Terolak, SK Kampung Kurnia dan SK Aminuddin Baki

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga ketua Umno Tanjung Malim pada 15 Julai akibat serangan jantung.

Khusairi menang kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-14 selepas menewaskan calon PPBM Mohd Amran Ibrahim yang bertanding atas tiket PKR dan calon PAS, Zulfadli Zainal, dengan majoriti 2,183 undi.

Khusairi mendapat 8,327 undi, Amran (6,144) dan Zulfadli (4,103).

Seramai 23,094 pengundi di Slim akan menentukan pilihan mereka dalam PRK hari ini yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Zaidi dan 2 calon Bebas, iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santhara Sekaran Subramaniam.

Tiada ulasan: