HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Ogos 2020

Talam 2 muka! DAP dedah pencerobohan tanah di Raub?

fazleensafina

 

Kini cuba perbodoh pekebun konon mahu selamatkan mereka

BANGI – Selepas menentang kerajaan Pahang dalam penggunaan tulisan Jawi di papan tanda di negeri itu, parti rasis serta cauvinis, DAP kini bersikap talam dua muka pula apabila didakwa memulakan provokasi memperbodohkan penanam durian.

Laman Facebook Bingo Daily dalam perkongsiannya hari ini mendakwa, DAP telah mendedahkan isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang sebelum menghasut para petani menentang kerajaan.

Bingo Daily melaporkan, Naib Presiden DAP peringkat kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mendedahkan bahawa penebangan hutan bagi penanaman hutan seluas 4,400 hektar telah mengakibatkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta cukai tanah.

Sementara itu, Bingo Daily turut melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP, Chow Yu Hui berkata, pihaknya akan berbincang dengan Royal Pahang Durian Group (RPD) berkaitan urus niaga, selain mendakwa para petani tidak bersetuju dengan syarat dikenakan dalam perjanjian.

“Petani menceroboh tanah sesuka hati,” dakwa RPD sambil dibantah oleh Yu Hui.

Sebelum ini, tindakan syarikat RPD yang didakwa ingin memonopoli hasil durian dikatakan mencetus tentangan dalam kalangan pekebun durian.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 1970-an menerusi Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan: