HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Ogos 2020

PRN Sabah: Nama senarai calon Pemuda BN kini di tangan Bung Moktar

sarawakvoice.com

TANJUNG MALIM: Pemuda Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai nama kepada Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk dipertimbang sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata senarai nama itu sudah melalui proses saringan sebelum diserahkan kepada Bung Moktar, yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

“Sudah tentu Pemuda BN mengharapkan 85 peratus calon terdiri daripada muka baharu dalam kalangan anak-anak muda yang tidak ada sebarang kecelaruan dalam politik seterusnya boleh memberikan suatu harapan baharu kepada rakyat di Sabah,” katanya kepada pemberita  seperti dipetik Bernama.

Beliau berkata selepas menjadi pembangkang, BN mahu bangkit dengan wajah baharu serta sebagai sebuah parti yang lebih baik untuk berkhidmat kepada rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 Sept dengan penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept.

Terdahulu, Asyraf Wajdi beramah mesra dengan penduduk setempat dalam Program Ziarah Kasih di sekitar Pekan Lama Sungkai dekat sini.

Tiada ulasan: