HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2020

Khaled: Tahniah MIC kerana keluar PN

 MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada MIC kerana membatalkan hasrat menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dia menyifatkan tindakan itu sebagai tepat.

Katanya, Bersatu sebagai parti teras PN tidak lagi memerlukan sokongan MIC dan MCA kerana sudah membuka keanggotaan kepada golongan bukan Melayu.

“Lagipun sebagai parti antara yang terawal dalam komponen BN, wajar MIC bersama Umno dan MCA terus memperkasakan BN seperti saranan presiden UMNO.

“Ini kerana BN jenama yang telah teruji. Dulu curi ahli Parlimen, sekarang nak umpan parti gabungan BN pula,” katanya.

Malaysiakini semalam melaporkan MIC menarik diri daripada menyertai (PN), susulan pendirian terbaru Umno - parti utama dalam BN - tidak menyertai gabungan itu.

MIC menghantar surat rasmi bertarikh 15 Julai kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menyatakan keputusan parti berkenaan.

Tiada ulasan: