HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Ogos 2020

Pas sokong Pejuang, Mukhriz ada lampu ajaib? – Tok Mat

Mohammad Arif Nizam
MGF25082020_TOKMAD-CERAMAH-SANTAI23-681x454
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah 
mesra dengan bersama calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd 
Zaidi Aziz (kanan) selepas Ceramah Santai sempena kempen 
Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar Felda Gunung Besout 
4, Perak. foto AFFAN FAUZI

SLIM RIVER – Dakwaan mengatakan akan terdapat pengundi Pas mengundi calon Bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya diketahui pada 29 Ogos ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak memiliki lampu ajaib untuk mengesahkan dakwaan itu.

Beliau juga tidak pasti sama ada dakwaan yang dibuat bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu adalah berasas.

“Kita tengoklah 29 Ogos ini dan saya tidak ada lampu ajaib. Terpulang kepada beliau (Mukhriz) kalau ada (lampu ajaib).

“Sebab itu saya mohon pengundi di Slim keluar beramai-ramai sokong Mohd Zaidi Aziz yang didokong Kerajaan Perak dan Perikatan Nasional yang dapat membawa isu tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Felda Besout 4 di sini malam ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta dakwaan Mukhriz hari ini bahawa Pejuang yakin dapat menarik sokongan ahli PAs dan pengundi atas pagar untuk mengundi calon mereka, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, pada Sabtu ini.

Mukhriz berkata, pihaknya difahamkan terdapat ahli Pas tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bertanding dalam PRK itu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: