HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Ogos 2020

Bersatu tak ada roh, bak teratai tak berakar - Pemuda Umno Pulai

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulai Md Shaqib Shahrilnizam membidas parti Bersatu sebagai parti "tanpa roh” apabila membuka keahlian kepada bukan Melayu, dan berpandangan kemasukan parti itu ke dalam Muafakat Nasional wajar dipertimbangkan semula.

“Bersatu ialah parti politik tanpa roh, terapung-apung seperti teratai tak berakar.

“Mereka korbankan perjuangan asal mereka untuk orang Melayu dengan menerima bekas-bekas PKR yang tak berparti diketuai Azmin Ali pada Ahad lalu,” kata Md Shaqib dalam satu kenyataan hari ini.

“Tiga tahun selepas Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti itu untuk buat bekas ahli Umno yang tak berpuas hati dengan Najib Razak di bawah satu parti berasaskan Melayu, Muhyiddin Yassin sama sekali mengabaikan prinsip asas Bersatu dan menukarnya menjadi parti pelbagai kaum, menerima Azmin dan gengnya demi kesesuaian politik peribadinya”.

Bersatu mengumumkan rancangannya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa tidak lama lagi bagi meminda perlembagaan parti untuk menarik lebih ramai ahli bukan Melayu dan bukan Bumiputera, serta bagi membincangkan pelantikan Azmin sebagai salah seorang naib presiden parti, menurut timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Kata Md Shaqib, Bersatu bergelut untuk menarik penyertaan anggaran 100,000 orang Melayu di bawah Mahathir, dan kini parti itu mengkhianati prinsip asasnya dengan meluaskan penerimaan keahlian bagi menarik bukan Melayu, dengan menyasarkan sasaran sejuta ahli, yang disifatkan Md Shaqib sebagai ambitious (terlalu bercita-cita tinggi).

“Saya ragu, apakah bukan Melayu akan sambut perubahan radikal ini dan masuk Bersatu, sedangkan ada parti berbilang kaum lain yang telah teruji seperti PKR dan DAP, ” tambahnya.

Di bawah Muhyiddin, katanya, Bersatu bersikap tidak menghiraukan (callous) dan mengkhianati orang Melayu dan Islam, apabila mahu menyertai Muafakat Nasional, yang katanya, satu kerjasama yang ditubuhkan di atas piagam oleh Umno dan PAS bagi mempertahankan Melayu dan Islam.

“Bersatu bertukar bentuk, dulu ia parti berasaskan Melayu bila mohon untuk sertai Muafakat dua minggu lalu, sekarang sudah jadi parti pelbagai kaum dalam masa seminggu selepas ia diterima oleh pemimpin tertinggi Muafakat.

“Pemerdayaan ini memerlukan semakan semula berkenaan cadangan kemasukan Bersatu, memandangkan sikap pengkhiantan tak boleh diterima dalam Muafakat,” katanya.

Tidak berhenti setakat ini, katanya, mudah untuk Bersatu menukar pendirian dan mengabaikan prinsipnya memandangkan parti itu tak ada akar umbi dan bergerak mengikut arah mana arus politik membawanya.

Mq Shaqib berkata, Pemuda Umno Pulai mahu Majlis Tertinggi Muafakat Nasional menilai semula kemasukan Bersatu ke dalam kerjasama itu.

Tiada ulasan: