HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2020

Bulatkan Tekad Pilih BN, Pengundi Slim Tidak Tertipu – Muhammad Solehin

TANJUNG MALIM– Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak, Mohamad Solehin yakin dan percaya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim mampu membuat keputusan bijak sepertimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Menurut beliau pada waktu itu pengundi DUN Slim telah memilih Barisan Nasional (BN) dan menobatkan Allahyarham Datuk Khusairi Talib sebagai wakil rakyat dan pada kali ini tentunya mereka sekali lagi mampu melakukannya.

‘’Saya percaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan ini pada Sabtu iaitu esok, sudah pasti mereka akan membuat keputusan yang bijak dengan sekali lagi memilih BN yang mengenengahkan Mohd Zaidi Aziz sebagai calon.

‘’Pastikan ramai-ramai keluar mengundi awal dan jangan keluar lewat serta pastikan mengundi calon BN, Mohd Zaidi Aziz… saya yakin dan percaya beliau merupakan calon muda yang boleh membawa aspirasi orang muda dan kita pastikan kita adalah pengundi yang bijak dan tidak akan tertipu lagi dengan janji PH. Jika dahulu rakyat DUN Slim tidak tertipu mana mungkin pada PRK ini boleh tertipu,’’ katanya kepada UMNO-Online.

Sallehin seterusnya menambah penyertaan BN di dalam PRK sebelum ini dan juga kemenangan yang dicapai dalam enam siri PRK yang diadakan membuktikan protes rakyat terhadap kerajaan pada waktu tersebut.

‘’Kita konsisten sebenarnya sejak memasuki siri-siri PRK sebelum ini memperlihatkan kemenangan BN sebagai protes kepada kerajaan PH dan hari ini terbukti yang kerajaan pada satu ketika memberikan janji palsu hari ini sudah jatuh dan tertubuh kerajaan Perikatan Nasional.

‘’Kita mendengar keluh kesah rakyat dan sudah tentu di DUN Slim ini memahami bahawa ianya aspirasi yang akan kita tunjukkkan bahawa inilah kerajaan yang memahami denyut nadi rakyat dan di sini juga akan menjadi penanda aras yang cukup jelas,’’ ujarnya. – UMNO Online

Tiada ulasan: