HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Ogos 2020

Cakap berpusing-pusing, akhirnya serang PAS

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin sememangnya seorang yang terkenal ‘bermasalah’ sepanjang masa termasuk ketika menjadi Timbalan Menteri semasa 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kerana itu beliau tidak merasa terkejut langsung apabila Hanipa melabelnya sebagai ‘bangang’ semasa Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini hari ini.

“Selalunya ketika menjawab soalan dalam dewan beliau sering meluahkan ketidakpuasan hati terutama kepada PAS. Tidak menjawab soalan, malah langsung tiada kaitan dengan soalan tapi berpusing-pusing. Akhirnya PAS yang diserang.

“Pertelingkahan tadi berlaku hanyalah kerana beliau mengatakan dirinya menang di Parlimen Sepang kerana Pakatan Rakyat, bukan di atas tiket PAS dalam PRU2013. Semua orang tahu beliau bertanding di atas tiket PAS.

“Watikah untuk melayakkan beliau bertanding pun ditandatangani Pesiden PAS (Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang). Saya doakan kebaikan kepada beliau,” ujar Ustaz Abdul Latiff.

Hanipa dalam ucapan beremosi kecaman dan bernada sindiran kepada PAS serta pimpinan PAS itu turut membidas HarakahDaily dalam beberapa isu. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: