Kota Kinabalu: Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak pernah menaja mana-mana pihak untuk bertanding sebagai calon bebas.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, mana-mana ahli yang bertanding sebagai calon bebas dengan secara sendirinya keahlian dalam Warisan terbatal.
"Saya minta kepada mana-mana calon ini agar berhenti mengaitkan Warisan atas tindakan mereka yang timbul akibat daripada ketidakpuasan hati dengan keputusan yang dibuat oleh parti dalam memilih calon.
"Kita akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya nama Warisan dikaitkan dalam mana-mana kempen yang kononnya mereka ini ditaja oleh parti untuk bertanding sebagai calon bebas," katanya menerusi satu kenyataannya di sini hari ini.
Loretto berkata, tidak mungkin pihaknya merestui calon bebas untuk mengalahkan calon Warisan yang dipilih sendiri.
"Saya meminta agar pengundi berwaspada dengan tindakan atau taktik kotor seperti ini," katanya.
Semalam, Ketua Warisan Bahagian Keningau, Datuk Jake Nointin
bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Liawan sebagai calon bebas,
menentang calon Warisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan