Memandangkan kemungkinan seorang timbalan perdana menteri akan dilantik daripada kalangan pemimpin Umno, maka ia terus menimbulkan spekulasi pengisi jawatan nombor dua kerajaan itu.
Salah seorang Anggota majlis Tertinggi Umno Annuar Musa secara terbuka berkata beliau tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan timbalan perdaa menteri.
Annuar mengatakan ini dalam kumpulan WhatsApp yang diberi nama "Tan Sri Annuar4TPM".
Pihak yang menubuhkan kumpulan WhatsApp itu telah menambah penyertaan ramai tokoh politik, kakitangan media dan malahan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kumpulan itu.
"Saya minta sekali lagi. Tolong padamkan group chat ini kerana ia perbuatan sia sia dan berdosa.
"Saya bukan orangnya dan saya tidak restuinya," tulis Annuar sebelum bertindak keluar dari kumpulan WhatsApp itu.
Kumpulan WhatsApp itu dibuat oleh seseorang dengan nama pengendali "King Diamond" pada bulan Februari dan sejak itu mengekalkan nama kumpulan itu.
Setelah menambah ramai orang, "King Diamond" menjelaskan malam tadi bahawa tujuan kumpulan itu adalah untuk "memastikan" Annuar dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Modus operandi kumpulan WhatsApp itu mengingatkan bagaimana klip video yang melibatkan seorang menteri disebarkan pada bulan Jun, 2019 - di mana puluhan wartawan dan ahli politik tiba-tiba dimasukkan ke dalam kumpulan sembang yang sama.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung semalam telah membincangkan mengenai calon untuk mengisi jawatan itu tetapi tiada keputusan dibuat.
Bagaimanapun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat itu tidak menyebut mengenai jawatan timbalan perdana menteri, sementara pemimpin lain kunci mulut ketika ditemui oleh media malam tadi.
Jawatan timbalan perdana menteri dikatakan menjadi salah satu tuntutan Umno untuk terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).
Sumber memberitahu tiga nama yang mungkin diketengahkan parti itu ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Pparlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.
Muhyiddin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Zahid sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan