DETIK DAILY
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) untuk membuat keputusan segera dan jelas agar pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut prinsip undang-undang.
etiausaha Agungnya, Amiruddin Hamzah berkata, sehingga kini masih belum ada tanda-tanda Pejuang akan diluluskan sejak permohonan pada 19 Ogos lalu.
Menurutnya, terbaharu pada 22 Oktober lalu apabila Pejuang menghantar
permohonan kebenaran untuk menggunapakai lambang parti serta
pengendalian laman web Pejuang.
Beliau turut membangkitkan tempoh hanya dua minggu untuk Parti Makkal Sakti Malaysia diluluskan manakala Perikatan Nasional (PN) diluluskan dengan kadar segera dalam proses amat meragukan.
“Tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis adalah tidak munasabah dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa JPPM kini kembali menjadi ‘alat kerajaan’ bermotifkan politik sehingga menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat,” tambahnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan