HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Oktober 2020

Moga2 Ahli-Ahli Dan Pemimpin2 Umno Insaf


(1) UMNO kena ambil tempoh 22 bulan berada di luar kerajaan sebagai punca keinsafan yang sebenar.

(2) 60 tahun berkuasa menyebabkan sebahagian orang-orang UMNO menjadi sangat ego dan self-centred.

(3) Pengalaman peribadi saya ketika menjalankan tugas sebagai Felo Kanan IKSIM, berceramah di sebuah daerah di Kelantan awal 2018 menerangkan tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama negara (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), tiba2 organiser bisik minta saya pendekkan ceramah kerana ada ketua bahagian/cawangan UMNO nak berucap.

(4) Saya tidak hiraukan permintaan beliau dan habiskan pembentangan saya seperti sepatutnya. Program2 IKSIM, memang kami alu2kan orang-orang politik dan pemimpin2 politik hadir supaya mereka dapat dengar dan faham kepentingan menjaga kedaulatan Islam TETAPI kami cuba elakkan mereka berucap kerana nak elakkan mereka jadikan program IKSIM sebagai alat politik mereka.

(5) Tetapi para penyelaras program kekadang beralah dengan orang-orang politik demi nak memastikan program jadi dan berjalan lancar.

(6) Selesai pembentangan, saya terus beredar kerana meluat melihat perangai ketua UMNO tersebut yang tidak pandai menghormati majlis orang lain.

(7) Rakan sekerja saya yang ketika itu berada bersama audiens memaklumkan bahawa beliau terdengar ketua UMNO tadi marah2 kepada saya, dia kata "penceramah ni takdok telingo ko? Ore suruh berhenti, tak berhenti" bayangkan kalau saya pengundi di situ, agak2 tertarik kah saya nak mengundi beliau sebagai wakil rakyat???

(8) Orang-orang UMNO pada masa itu ramai yang dah jadi elit yang kejar projek, lost touch dengan denyut nadi rakyat. Saya percaya pada PRU14 yang lalu, sebahagian orang-orang Melayu Islam yang mengundi DAP bukan kerana mereka percaya atau sokong DAP sangat, tetapi kerana mereka meluat melihat perangai sebahagian ahli-ahli dan pemimpin2 UMNO.

(9) Moga2 tempoh 22 bulan di luar kerajaan menjadi pengajaran dan sinar keinsafan berpanjangan buat ahli-ahli dan pemimpin2 UMNO.

(10) Tak perlu nak beretorik lebih2, rakyat sekarang ramai yang dah celik dan cerdik. Yang mana2 ada masalah peribadi, masalah rasuah, salah guna kuasa, moral dsb elok sangat mengundur diri dengan terhormat daripada terus2an menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan.

(11) Cadangan ini bukan hanya untuk mereka yang dari UMNO, bahkan yang dari parti2 lain pun sepatutnya berbuat demikian.

Wallaahu ta'aala a'lam. Sekadar berkongsi sekelumit pengalaman dan meluahkan sedikit cadangan.

SALAM JUMAAT

Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
Mantan Felo Kanan IKSIM 2015 - 2018


Ini adalah coretan spontan saya apabila membaca komen rakan saya

MR :  Tak semua, tak masih ada ramai yang tak sedar/insaf

Tiada ulasan: