HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2020

Catatan FB tiada kaitan Malaysia, saya hormat raja Melayu, kata Ronnie Liu

Ronnie Liu berkata, beliau memuat naik gambar demonstrasi di Thailand bersama 
keterangan gambar 2 minggu lalu, sebelum kontroversi cadangan kerajaan mengisytiharkan
darurat berlaku.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP dan Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu yang ditahan atas hasutan berkata, satu catatannya di Facebook tiada kaitan dengan keadaan politik semasa di Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada FMT selepas dibebaskan dengan jaminan polis dan belum dimaklumkan mengenai sebarang pendakwaan terhadapnya.

“Catatan FB saya dimuat naik 2 minggu lalu dan tiada kaitan dengan situasi semasa di Malaysia. Kontroversi mengenai isu darurat hanya dibangkitkan dalam media Ahad lalu.

“Sebagai ahli politik bertanggungjawab, saya sentiasa menjunjung prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Saya selalu menghormati institusi raja-raja Melayu.”

Terdahulu, Liu dilaporkan ditahan polis Bukit Aman setibanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk disoal siasat pagi tadi.

Beliau disiasat berhubung satu catatan di Facebooknya, yang dikatakan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Catatan itu mengandungi sekeping gambar demonstrasi di Thailand dengadengan keterangan gambar “Now in Bangkok. They are saying no to the King”.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed dilaporkan berkata, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Katanya, siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Tiada ulasan: