HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2020

Muhyiddin tunggu UMNO hantar calon TPM

MalaysiaGazette
MGF26102020_MESYUARAT-MAJLIS-TERTINGGI-UMNO_02-681x454
Pengunjung berjalan melepasi logo UMNO pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR – Sokongan yang diberikan UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah secara bersyarat termasuk mahu mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sedang menunggu UMNO mencadangkan calon Timbalan Perdana Menteri “yang boleh diterima.”

Sinchew Daily melaporkan, selepas perdebatan hangat dalam Majlis Tertinggi UMNO, parti itu bersetuju terus menyokong PN, tetapi secara bersyarat, termasuk memperjuangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan meminta perundingan semula dengan Bersatu.

Sumber boleh dipercayai juga memberitahu akhbar itu, Muhyiddin bukannya enggan melantik wakil UMNO untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sebaliknya sedang menunggu UMNO untuk menawarkan seorang calon yang boleh diterimanya.

Sumber berkata, Muhyiddin tidak boleh menerima Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau mempunyai kes mahkamah.

“Calon yang boleh diterima Muhyiddin adalah Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tidak memegang jawatan penting dalam UMNO.

“Tetapi jika Ahmad Zahid tetap dicadangkan, maka minta maaf,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Menurut sumber daripada UMNO, parti itu kini menyerah kepada satu jawatankuasa perundingan untuk membincangkan syarat baharu dengan Bersatu.

Syarat itu termasuk memperjuangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan lain.

“Kami berharap akan wujud suasana kerjasama baharu antara UMNO dan Bersatu selepas keadaan wabak bertambah pulih nanti.

Jawatankuasa perundingan UMNO adalah terdiri daripada Mohamad dan Ismail Sabri. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: