HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Oktober 2020

DAP jangan cakap kosong, ubah dulu perlembagaan parti!


BANGI
– Parti cauvinis, DAP patut menukar dahulu perlembagaan parti sebelum menyatakan sokongan mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

Demikian tegas Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao membidas kenyataan Loke Siew Fook yang menepis fitnah bahawa DAP ialah parti yang menentang sistem raja berperlembagaan dan ingin menghapuskan insititusi diraja.

Semalam, Loke menerusi satu kenyataan mendakwa, tohmahan berkenaan langsung tidak berasas.

Dakwanya, dasar perjuangan DAP jelas mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan bahkan dasar itu termaktub dalam satu dokumen penting DAP iaitu Deklarasi Shah Alam 2012.

“DAP akan terus berjuang di atas landasan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

“Marilah kita sama-sama mempertahankan sistem demokrasi kita dan menolak sebarang usaha mengambil kuasa melalui perintah darurat,” katanya.

Mengulas perkara itu, Ramesh menegaskan, jika benar DAP ikhlas dalam membantu kerajaan membasmi COVID-19 dan memacu ekonomi negara, parti itu perlu bersedia dan bersetuju mengubah misi penubuhan DAP dengan kadar segera termasuk slogan konsep Malaysian Malaysia .

Bahkan beliau turut mencabar DAP menyokong penuh Perkara 153 dan hak Bumiputera serta mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.

“Jangan cakap kosong sahaja… DAP juga perlu bantah kebebasan beragama, menyokong larangan umat Islam meminum arak dan berjudi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Bukan itu sahaja, Ramesh turut menggesa parti tamak haloba itu menyatakan sokongan membantah umat Islam dari melibatkan diri dalam budaya Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT).

Tiada ulasan: