Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan jemaah menteri beliau supaya tidak mengamalkan desperado politik hanya bagi mempertahankan kuasa dan kedudukan politik mereka.
Ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa menzahirkan saranan tersebut setelah menyedari desperado politik yang cuba dilaksanakan hanyalah mengutamakan jawatan dan kedudukan serta usaha bagi menyelamatkan diri semata-mata.
Bagi beliau, ia dibuat tanpa memikirkan kesan dan impak terhadap rakyat dan ekonomi negara sekiranya ia berlaku serta lebih mengecewakan apabila cuba menggunakan Covid-19 sebagai alasan bagi menghalalkan tindakan dan matlamat mereka.
“Situasi ini bukan sahaja boleh mengeruhkan lagi keadaan politik semasa, sebaliknya ia memberikan kesan yang buruk kepada rakyat terutamanya yang sedang berhadapan dengan penularan pendamik wabak Covid-19
“Jingga 13 menyarankan agar Muhyiddin yang terbukti ketara sudah hilang sokongan supaya segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi dokongan serta ruang kepada Anwar bagi memimpin negara ini kearah yang lebih cemerlang dalam krisis ekonomi, pengangguran dan kemiskinan yang dihadapi sekarang.
“Latar belakang dan pengalaman yang dimiliki Anwar mampu untuk
membawa perubahan yang amat diharapkan oleh majoriti rakyat dalam negara
ini, cumanya kekangan dan keterbatasan ruang menyebabkan apa yang
diimpikan rakyat dan negara ini untuk melihat reformasi yang ingin
dibawa Anwar tidak dapat direalisasikan, ” tegas Fariz lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan