Ini kerana, As Sultan Abdullah R’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam titahnya pada Ahad lalu meminta semua Ahli Dewan Rakyat berhenti bermain isu politik.
Baginda menggesa tumpuan diberikan kepada kemaslahatan negara seperti kebajikan rakyat dan penyelesaian masalah krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).
Oleh demikian, semua pimpinan parti politik digesa perlu ikhlas dalam mentaati nasihat Al Sultan Abdullah.
Untuk itu juga, pemantauan terhadap ketaatan perlu dilakukan bagi memastikan titah baginda dipatuhi dan ahli politik mengambil sikap bertanggungjawab.
“Namun begitu, terdapat beberapa amaran yang perlu diberikan perhatian, di samping beberapa perkara yang telah digariskan.
“Pertama, ahli politik memberhentikan segera sebarang politiking.
“Kedua, ahli Parlimen jangan sama sekali bertindak secara tidak bertanggungjawab.
“Muhasabah perlu dilakukan dengan ikhlas, sejauh mana politiking diberhentikan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab tiada dilakukan.
“Pemantauan yang serius juga perlu dilakukan, adakah kedua-dua tingkah laku yang diberikan amaran tersebut dilaksanakan?”
Demikian soal Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pematuhan terhadap titah Agong menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik beliau dalam Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Al Sultan Abdullah bertitah selepas sidang khas Majlis Raja-Raja Melayu meminta semua ahli politik berhenti bermain isu politik.
Sebaliknya, memberi tumpuan kepada usaha kebajikan dan kestablian rakyat terutama dalam menghadapi krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).
Baginda juga bertitah bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Darurat di mana-mana kawasan pun dalam negara ini dan menzahirkan keyakinan dengan kerajaan sedia ada.
Bagaimanapun, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sejauh mana sikap dan keikhlasan ahli politik dalam melaksanakan tanggungjawab untuk tidak memainkan sebarang isu politik ketika ini.
“Patik sendiri melihat dengan mata kasar yang masih terang dan mendengar dengan telinga yang masih jelas, Alhamdulillah.
“Namun, patik menyerahkan kepada umum untuk membuat perhatian sendiri dengan kemampuan teknologi maklumat tanpa sempadan hari ini.
“Begitu juga dengan menggunakan segala saluran media terkini, sekalipun ada media yang berpenyakit cirit-birit secara tidak terkawal,” katanya. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan