HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Oktober 2020

Kenapa tergesa-gesa mahu adakan pilihan raya, parti Sarawak soal GPS

Sarawak mesti mengadakan pilihan raya negeri menjelang Jun tahun depan.

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tertanya kenapa kerajaan Sarawak tergesa-gesa mahu mengadakan pilihan raya negeri sedangkan Covid-19 berleluasa.

Dalam kenyataan, PSB berkata membubarbkan Dewan Undangan Negeri pada ketika ini adalah semberono dan berani sangat sedangkan vaksin hanya mungkin tersedia awal tahun depan.

Parti itu menggesa kerajaan GPS berhenti sembunyi sebalik peruntukan perlembagaan yang menyatakan tarikh tamat penggal DUN.

“Kami semua tahu pilihan raya mesti diadakan menjelang Jun tapi kerajaan tidak boleh membelakangkan kesihatan dan keselamatan rakyat Sabah.

“Atau, adakah ia kerana kerajaan GPS bimbang akan PSB yang semakin kuat dan merasakan pilihan raya awal akan beri kelebihan kepadanya?”

PSB mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Abdul Karim Rahman Hamzah, yang berkata peningkatan kes Covid-19 di Sabah selepas pilihan raya tidak boleh dijadikan alasan untuk Sarawak menangguhkan pilihan raya.

Parti itu berkata kerajaan negeri yang selama ini bercakap mengenai kepekaan terhadap kesejahteraan rakyat sekadar cakap kosong jika orang ramai terpaksa pergi mengundi dan merisikokan kesihatan dan nyawa.

“Peningkatan kes Covid-19 di Sarawak baru-baru ini harus diambil sebagai amaran kepada semua pihak.

“Pengundi harus tunjuk perasaan mereka menerusi peti undi jika kerajaan GPS memutuskan untuk mengadakan pilihan raya awal, dan merisikokan keselamatan rakyat ketika pandemik,” katanya.

Tiada ulasan: