HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Oktober 2020

Amanah sokong atau tolak Belanjawan 2021 diputuskan selepas mesyuarat PH esok

 

KUALA LUMPUR: Sama ada Amanah akan menyokong atau menolak Belanjawan 2021 akan diputuskan selepas majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat esok, selepas Agong hari ini menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021.

“Kita akan bincang pelbagai perkara, apa-apa sahaja yang berada langit,” kata Presiden Mohamad Sabu kepada pemberita di Wisma Amanah hari ini.

Sultan Abdullah dalam kenyataan hari ini menyeru ahli Dewan Rakyat menghormati nasihatnya meminta perbalahan politik dihentikan dan mengutamakan kebajikan rakyat supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Katanya, belanjawan penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk meneruskan dasar serta usaha menangani Covid-19.

Semalam, DAP dilapor bersedia berunding secara rasmi dengan kerajaan bagi mencapai suatu “konsensus nasional”.

Sementara itu, Mohamad turut menjawab gesaan Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali menggesa semua pihak melangkaui perbezaan dan bersatu menangani wabak.

“Semua rakyat terkesan dalam wabak ini…dalam kita hadapi wabak Covid-19 ini, semua kena bekerjasama, tidak payah siapa-siapa suruh. Kita ambil tanggungjawab dalam isu ini,” katanya

Tiada ulasan: