Haji Aminuddin Yahaya
Satu memorandum akan dihantar ke pejabat Menteri Besar Pahang Rabu depan
SEKITAR dua minggu yang lepas, saya telah terserempak dengan seorang peniaga berbangsa Cina di sebuah restoran di Kuantan.
Dari segi pemakaiannya beliau nampak seperti orang biasa-biasa saja; memakai pakaian yang dipakai kebanyakkan orang malah tidak menampakkan akan seorang yang kaya-raya.
Pada mulanya, saya tidaklah ambil kisah sangat kerana saya biasa sahaja berjumpa dengan pelbagai orang sama ada usahawan atau orang biasa.
Namun, apabila saya mula bersembang-sembang dengan beliau rupa-rupanya beliau mempunyai pelbagai jenis peniagaan seperti balak, emas, pasir, pembinaan dan macam-macam lagi.
Saya amat
terkejut, bagaimana beliau mempunyai kesemua lesen berkenaan kerana saya
tahu ia bukan mudah untuk diperolehi sesiapa sahaja.
Sudah pasti, nilai dapatan perniagaan beliau ini adalah ratusan juta setahun.
Saya tergamam dan terus menghentikan perbualan. Saya tidak mampu untuk bertanya lanjut kerana saya tersentak dan terenung sebentar; mengapalah hasil kekayaan bumi Melayu kita ini seringkali dikaut bangsa lain? Satu yang perlu dimuhasabah oleh kita semua.
Sebenarnya, ketika itu saya teringatkan kes ribuan hektar tanah kerajaan yang telah diterokai secara haram di Raub tetapi tidak ada tindakan diambil selama berpuluh tahun; bukan berlaku setahun dua, tetapi 40 puluh tahun. Malangnya sehingga hari ini, kes ini masih tergendala.
“Mana ADUN, mana Ahli Parlimen, mana Menteri Besar, mana Pejabat Tanah & Galian, mana SPRM, mana itu dan mana ini?,” soal saya dalam hati.
Mustahil penceroboh-penceroboh ini dapat menjalankan aktiviti tanpa ada perlindungan daripada pihak-pihak tertentu, dan isu ini sudah menjadi ‘sejuk’ pada ketika ini, mungkin ada yang sudah pun lupa.
Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka yang menjadi pengkhianat bangsa dan tanah air ini, bahawa saya dan rakan-rakan tidak akan duduk diam dan berikrar akan pastikan mereka dibawa ke muka pengadilan.
Jangan ingat kamu ada kuasa, maka kamu akan terlepas dari hukuman!
Oleh itu, saya menyeru dan merayu kepada rakyat sekalian terutama anak-anak negeri Pahang untuk bangkit menentang segala pengkhianat-pengkhianat ini.
Insya-Allah, pada Rabu minggu hadapan, satu memorandum akan dihantar ke pejabat Menteri Besar Pahang sebagai bantahan rakyat terhadap perbuatan terkutuk ini.
Ini langkah pertama kami. Jika ini gagal, maka akan kita akan susuli dengan langkah kedua, ketiga dan seterusnya.
Selagi terdaya saya dan rakan-rakan akan bongkar pengkhianatan mereka ini. Kita tunggu dan lihat.
Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang Ronald Reagan:
“You can run but you can’t hide” (kamu boleh lari tapi kamu tidak boleh bersembunyi).
(*) Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan