HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 November 2020

Kalau BN (UMNO) lawan PN (PAS + BERSATU) pada PRU-15, Agaknya UMNO boleh pertahan kubu mereka?

Saya antara orang sayang gembira apabila UMNO dan PAS boleh bersama dalam Muafakat Nasional. Saya lagi gembira sebelum ini ada kenyataan bahawa BERSATU diajak bersama dalam MN.

Tapi malangnya bila PN memerintah hampir 7 bulan, ada segelintir golongan dalam UMNO mula mengapi-apikan hubungan UMNO-BERSATU.

BERSATU tak menyertai MN. Penubuhan PN menjadi kelam kabut, PAS sertai PN. MIC sertai PN kemudian keluar bila ada desakan daripada UMNO.

MN kurang mesyuarat memang salah satu sebab covid-19, tapi sebab lain UMNO mencari alasan untuk kurang mesyuarat. Rupanya UMNO ada agenda lain nak tubuh kerajaan bersama Anwar.

Akibat daripada itu, UMNO pecah kepada 3. Golongan terpinggir dalam UMNO mula serang PAS kononnya PAS khianati MN kerana menyertai MN.

Pertanyaa adalah UMNO akan guna logo MN, tinggal logo BN  kalau MN mendaftar? Ini semua mainan puak terpenggir laman UMNO yang mungkin tidak dapat jadi calon bila UMNO bersama PN.

Akibat serangan ini, ada cybertropper UMNO menyerang PAS. PAS pun ada jentera IT dan Cybertropper, PAS balas serangan malah akibat daripada itu MN rugi UMNO, rugi dan PAS rugi.
Sekarang UMNO mula dibenci semula oleh rakyat terutama golongan profesional. Memang golongan akar umbi kurang terjejas tapi golongan ini mula menolak UMNO kerana UMNO tak serik.

Hasil kajian kemudian ini menunjukkan sokongan kepada UMNO merosak 6%. Malah sokongan kepada pimpinan UMNO terutama yang bermasalah intyegriti merosak sehingga 11%.

Saya setuju dengan tulisan Ab Jadil Backer UMNO harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali, bukannya memburukkan PAS dan PPBM

Jika ditakdirkan kita bertanding sendiri kita harus bersedia bertanding dengan memberi tawaran yang lebih baik - kepimpinan dan manifesto - kepada pengundi, bukannya memburukkan Pas dan PPBM.

Kita harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali.

UMNO rasa dia abang besar dan rasa hebat kerana di memang beberapa siri PRK. Adakah itu menunjukkan bahawa UMNO sudah kuat dan rakyat kembali kepada UMNO?

Kita ambil contoh PKR GERIK nanti. Ini adalah kubu UMNO.


Jika BN (UMNO) megah rasa hebat dan akan bertanding sendiri atas BN. Agaknya Gabungan PN antara PAS + BERSATU boleh kalahkan UMNO atau tidak?

Itu belum kira lagi PH. Kita belum kira lagi serang PAS terhadap UMNO yang PAS simpan kerana UMNO dah bertaubat.





Ini contoh baharu 3 pengkhianatan UMNO terhadap rakyat yang PAS tak serang dan dedah pun. Saya nak tanya ada 3 aje ke pengkhinaatan UMNO terhadap rakyat?

GERIK kubu UMNO pun belum tentu UMNO boleh menang.
Apatah kawasan yang UMNO memang tipis.

Jadi UMNO tolanglah serik dan insaf
Tolong tahan nafsu
Tolong hormati MN
Tolong tutup mulut pemimpin tak sedar diri.

(*) BEKAS AHLI UMNO TERNGGANU

Tiada ulasan: