HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR:
Disebalik desas-desus dan jangkaan kritikal serta kenyataan terbuka
segelintir Ahli Parlimen untuk menolak, namun Belanjawan 2021 akhirnya
diluluskan Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.
Ahli
Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bahkan menyifatkan
kelulusan itu menjadi satu sejarah buat kerajaan masih baharu berusia
lapan bulan telah mendapat sokongan melaksanakan dasarnya yang teramat
penting.
Malah menurutnya, kelulusan tersebut menunjukkan
penyokong kerajaan bersatu padu, manakala pembangkang terang-terang
berpecah serta cuba menggagalkan kepentingan rakyat dan menyanggah titah
Yang di-Pertuan Agong.
“Alhamdulillah, proses kelulusan
Belanjawan 2021 pada semalam hari menyatukan kita penyokong kerajaan dan
memecahkan pembangkang.
“Namanya cantik, Amanah (PAN) tapi
nampaknya mereka begitu tegar dan bersungguh-sungguh berusaha
mengkhianati rakyat dan cuba menyanggahi titah Seri Paduka Baginda YDPA
dengan usaha menggagalkan Belanjawan 2021.
“Rakyat menyangka
mereka ini balaci DAP, rupanya mereka lebih DAP dari DAP,” bidas beliau
yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan kepada HarakahDaily.
Belanjawan
2021 diluluskan dengan sokongan undi majoriti Ahli Parlimen di
peringkat dasar setelah Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dibahaskan
Ahli-ahli Parlimen sejak dibentangkan 6 November lepas.
Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah
melakukan beberapa pindaan berdasarkan saranan Ahli Parlimen dan suara rakyat yang dilihat mengukuhkan lagi Belanjawan tersebut.
Ianya
sekali gus memenuhi hasrat Kerajaan Perikatan Nasional sendiri untuk
memastikan Belanjawan kali ini dapat mensejahterakan rakyat dan
memulihkan ekonomi selari cabaran pandemik COVID-19 didepani kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan