HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2020

Bubar Parlimen selepas Covid-19 berakhir

 Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu (bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pandemik Covid-19 berakhir dalam satu tempoh masa yang belum dipastikan, kerajaan akan membubarkan Parlimen dan seterusnya memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Insha-Allah jika diizinkan kita (kerajaan) akan kembalikan mandat kepada rakyat dan biarlah rakyat membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan,” katanya semasa Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat segelintir pihak yang berpandangan Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan PRU15 diadakan namun, beliau tidak berfikir ke arah itu kerana tiada keperluan.

“Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya telah nasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

“Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: