HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2020

Anwar nafi akan letak jawatan dalam Pakatan Harapan

Astro Awani
Anwar nafi akan letak jawatan dalam Pakatan Harapan
Presiden PKR nafi keluar kenyataan akan letak jawatan dalam Pakatan Harapan jika gagal dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
 
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
 
Bahkan, laporan yang memetik dakwaan beberapa Ahli Parlimen itu jelas untuk mencetuskan kekeliruan.
 
“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata pejabat Anwar dalam reaksi segera kepada Astro AWANI pada Sabtu.
 
Portal Malaysiakini melaporkan empat Ahli Parlimen mendakwa, Anwar berjanji untuk meletakkan jawatan dalam PH sekiranya gagal membuktikan memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
 
Anwar dilaporkan melafazkan janji berkenaan pada Khamis dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.
 
BACA: Saya minta Ketua Whip parti pembangkang tidak sokong undi belah bahagi - Anwar

Tiada ulasan: