HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2020

Ahli Parlimen PH terima WhatsApp saat terakhir .

MALAYSIA GAZETTE
MGF26112020_PENGGULUNGAN-BAJET14-1
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mambaca ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menerima arahan pada saat-saat terakhir untuk tidak meminta undi blok dijalankan semasa undian untuk kelulusan rang undang-undang perbekalan.

Keadaan itu bermakna wakil rakyat PH diminta merestui undian suara sahaja, sekali gus membolehkan rang undang-undang perbekalan diluluskan tanpa terlalu dramatik.

Sinchew Daily melaporkan, ketika pengundian berlangsung, Ahli Parlimen PH menerima pesanan melalui WhatsApp mengenai keputusan parti untuk tidak menyokong undi blok.

Walau bagaimanapun, sesetengah wakil rakyat PH tidak sempat menyemak WhatsApp sehingga mereka berdiri meminta undi blok.

Seorang Ahli Parlimen juga memberitahu bahawa kelibat wakil rakyat Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak kelihatan semasa undian suara dijalankan.

Kedua-dua Ahli Parlimen bagaimanapun kelihatan dalam Dewan Rakyat pada sebelah pagi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membidas wakil rakyat pembangkang kerana gagal membawa dewan kepada undi blok.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau meminta Ahli Parlimen PH untuk mengizinkan kelulusan Bajet 2021 selepas Menteri Kewangan bertolak ansur dengan sesetengah permintaan PH.

Tiada ulasan: