HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2020

Ahli parlimen Tuaran serah usul mansuh Jasa

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

PARLIMEN | Ahli Parlimen Tuaran Wlifred Madius Tangau telah menghantar usul pemansuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom)

Ini disebalik jaminan kerajaan bahawa peruntukan RM85.5 juta yang diperuntukkan kepada Jasa akan dikurangkan.

"Langkah ini saya ambil untuk mempastikan agar Jasa atau apapun nanti jenama agensi tersebut, hendaklah dimansuhkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia telah menyerahkan usul tersebut di Dewan Rakyat pagi semalam.

Katanya, dia berharap Speaker Dewan Rakyat menerima dan membenarkan untuk membentangkan usul tersebut semasa Perbahasan Bajet 2021 di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Pada pembentangan Belanjawan 2021, Jasa dihidupkan semula dengan peruntukan RM85.5 juta.

Jasa sebelum ini dikritik kerana pada dasarnya ia bertindak sebagai sayap propaganda kerajaan. Pakatan Harapan mansuhkan unit tersebut selepas BN tumbangpada tahun 2018.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sebelum ini memberi jaminan bahawa Jasa tidak akan digunakan sebagai mesin propaganda.

Katanya, Jasa adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat. 

Tiada ulasan: