HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2020

Belanjawan 2021: Kami sokong bajet kerana rakyat - Nazri Aziz

 Irwan Muhammad Zain

Belanjawan 2021: Kami sokong bajet kerana rakyat - Nazri Aziz
Nazri menegaskan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli parlimen UMNO itu tidak 
boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana individu. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap Belanjawan 2021 semata-mata kerana memikirkan kepentingan rakyat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
 
Nazri menegaskan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli Parlimen UMNO itu tidak boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana individu.
 
"Lulus sebab Belanjawan ini soal kepentingan rakyat tetapi selepas lulus soal politik soal lain.
 
"Kalau ada isu yang masih belum diselesaikan, lawan tetap lawan!” katanya kepada Astro AWANI.
 
Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong, sebentar tadi.
 
Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagian gagal kerana tidak mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.
 
Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.
 
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun, perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.

Tiada ulasan: