HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 November 2020

Riuh rendah di Dewan Rakyat hari ini, hakikatnya PH tak ada number


Ketika Perbahasan & Penggulungan Belanjawan 2021 di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengikut prosedur apabila bertanya samada ianya dipersetujui oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Jelas lebih suara yang bersetuju!

Akan tetapi, Ahli- Ahli Parlimen Pembangkang tiba-tiba bangun, belum sempat Yang Dipertua Dewan Rakyat meminta 15 Ahli Parlimen yang menuntut undi belah bahagi untuk berdiri.

Setelah undi dikira, sebanyak 105 undi bersetuju berbanding 95 undi yang tidak bersetuju sekaligus Belanjawan 2021 bagi JPM diluluskan.

Sebelum itu, kedengaran suara Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang kata “kita akan minta undi belah bahagi bagi setiap kementerian mulai hari ini”.

Wah! Ternyata mereka merasai bahangnya apabila Ahli Parlimen Pembangkang gagal memperoleh 15 orang untuk mengadakan undi belah bahagi ketika memutuskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar pada Khamis lepas.

Ramai penyokong PH mengkritik pemimpin PH yang ‘cakap tak serupa bikin’. Mulai hari ini, sandiwara PH akan bermula dan membantah Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa bagi setiap Kementerian bagi menutup kesilapan mereka pada Khamis lalu.   MINDA RAKYAT.

Tiada ulasan: