on
Dr Mahathir Mohamad mengkritik anggota parlimen bukan kerajaan yang tidak
bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan 2021 petang
ini.
“Kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan sogokan pada ahli parlimen, dan
kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh ahli parlimen pembangkang tanpa
sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.
“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.
Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan secara dasar
melalui undian suara di Dewan Rakyat.
Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) supaya pengundian dibuat secara belah
bahagi tidak berjaya selepas hanya mendapat 13 sokongan anggota parlimen
(senarai di bawah), kurang dua seperti disyaratkan.
Sokongan itu diperoleh daripada kesemua empat anggota parlimen Pejuang, enam
daripada Amanah dan masing-masing satu daripada PKR, DAP dan Parti Sarawak
Bersatu (PSB).
Belanjawan 2021 selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk
dibahaskan sebelum sekali lagi diundi sebelum diluluskan.
Sebelum itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam penggulungan di
parlimen mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran
mengeluarkan wang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut
pelbagai pihak.
Menulis di blognya, Mahathir berkata semua anggota parlimen yang bangun,
termasuk semua daripada Pejuang, tetap berpegang kepada janji.
“Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan
tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat,” katanya.
Dia menegaskan pendiriannya yang tidak berganjang menolak Belanjawan 2021. –
Mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan