Isabelle Leong
Pas
disifatkan sebagai titik tengah dalam peranannya meredakan ketegangan
hubungan di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO
daripada peringkat kepimpinan tertinggi sehingga ke bahagian dan
cawangan.
KUALA LUMPUR:
Pas disifatkan sebagai ‘titik tengah’ dalam peranannya meredakan
ketegangan hubungan di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
dan UMNO daripada peringkat kepimpinan tertinggi sehingga ke bahagian
dan cawangan.
Ketua Pemuda Pas, Ir
Khairil Nizam Khirudin berkata usaha untuk mewujudkan keakraban di
antara kedua-dua parti tersebut barangkali dapat menjernihkan hubungan
di antara kedua-dua parti tersebut, khususnya sayap pemuda kedua-dua
parti itu yang tidak sependapat dalam beberapa perkara.
“Pas ialah ‘titik tengah’ kepada hubungan di antara Bersatu dan UMNO.
“Dengan
memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahankan
Perikatan Nasional (PN), insya-Allah ada titik pertemuan supaya
berlakunya pertembungan satu lawan satu di antara kerajaan atau PN dan
sekutnya apabila bertembung Pakatan Harapan (PH) (pada pilihan raya akan
datang),” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Ahad.
Dalam
perkembangan berkaitan, Khairil berkata PN sudah mengadakan Majlis
Presiden secara berkala bagi membincangkan perkara berhubung dasar yang
sesuai dengan kehendak parti masing-masing.
“Perbincangan (pengagihan) kerusi telah berlaku tetapi ia bukan sesuatu yang dihebohkan.
“Dalam masa yang singkat ini, pembahagian kerusi ini akan berakhir,” katanya.
Pada
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berlangsung pada Sabtu, Presiden
Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua pemimpin Melayu
dan Islam untuk bersatu dalam sebuah jemaah yang besar di bawah PN.
BACA: Hubungan Bersatu - UMNO: "Alangkah baik jika semua pemimpin Melayu, Islam dapat bersatu" - Muhyiddin
Sebaliknya, jika berpecah belah, jelas Muhyiddin, seruan perpaduan Melayu dan penyatuan ummah akan menjadi retorik semata-mata.
Beliau
mengajak semua parti politik Melayu untuk ketepikan perbezaan dan
pertaut silaturahim, tidak berpecah belah dan mementingkan kabilah dan
kelompok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan