Abdul Hakim Rahman
Mohamad
Sabu tekad pertahankan hubungan dan kerjasama politik dengan Anwar
Ibrahim dan Pakatan Harapan serta tidak akan meninggalkan Dr Mahathir
dalam perjuangan politik.
KUALA LUMPUR:
Presiden Amanah, Mohamad Sabu tekad mempertahankan hubungan dan
kerjasama politik dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Pakatan Harapan (PH).
Menurut beliau,
kerjasama yang telah terjalin sejak 20 tahun lalu pasti ada kelebihan
dan kelemahan selain amat sukar berpisah tetapi jalan ke hadapan adalah
untuk mencari kesamaan titik perjuangan dan sentiasa memperkuatkan
kerjasama.
“Yang
lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan. Dalam masa yang
sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan
lawan. Inilah sikap saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan
itu dikeluarkan ketika Anwar dihujani kritikan setelah dia memutuskan
agar wakil rakyat pembangkang tidak melakukan undi belah bahagi semasa
bacaan kedua Belanjawan 2021 Kha
mis lalu.
Beliau
yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sikap itu jugalah yang
menyebabkannya enggan meninggalkan dan menghentam bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum Pilihan Raya Umum Ke-4 lalu.
"Saya
katakan tidak. Kita telah bekerjasama dengan beliau (Dr Mahathir),
sama-sama sepentas melawan kerajaan kleptokrat yang sangat berkuasa,
mengenali di antara satu sama lain, masakan saya hendak memaki hamun
beliau.
"Begitu jugalah di dalam Pakatan Harapan yang menggabungkan tiga parti iaitu Amanah, DAP dan PKR," tegas Mat Sabu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan