Irwan Muhammad Zain
SALAHUDDIN: Saya minta maaf pada parti dan ahli-ahli Amanah. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin
Ayub bersedia menerima hukuman akibat tidak bangun bagi meminta undi
belah bahagi di parlimen pada Khamis lepas.
Dalam
satu kenyataan ringkas, Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak
bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
“Saya minta maaf pada parti dan ahli-ahli Amanah.
“Saya salah kerana bangun dan duduk semula setelah Presiden Abang Mat (Mohamad Sabu) minta saya dan MP Amanah yang lain duduk.
“Abang Mat terima arahan last minit dari Ketua Pembangkang.
“Saya tak sanggup dan tergamak berlawan dengan presiden sendiri dalam parlimen.
“Saya akui saya salah. Saya menunggu dan bersedia untuk menerima hukuman dari parti .
“Ahad ini Amanah Nasional akan ada mesyuarat khas.,” katanya.
Pada
Khamis, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong.
Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagi gagal kerana tidak mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.
Belanjawan
2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul
Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian
dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.
Menurut
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, perbahasan peringkat
jawatankuasa bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah
bahagian sekali lagi diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan