Harits Asyraf Hasnan
Abdul
Ghani berkata calon atau parti bertanding sememangnya digalakkan
berkempen mengunakan platform media sosial. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang bekerjasama rapat dengan
jabatan dan agensi yang berkenaan dalam memastikan perjalanan pilihan
raya berjalan dengan lancar ketika pandemik COVID-19 menular.
Pengerusi
SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kerjasama itu penting untuk
sebarang pelaksanaan kawalan berkuatkuasa dari semasa ke semasa selaras
dengan arahan terkini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (Akta 342).
"SPR
sebelum ini, telah memaklumkan melalui kenyataan media berkenaan dengan
Garis Panduan Pencegahan COVID-19 selaras dengan apa-apa arahan terkini
di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta
342).
"Garis panduan ini dilaksanakan
dengan ketat di semua proses pilihan raya iaitu taklimat petugas,
penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan
pengiraan undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen,
hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi," katanya menerusi jawapan
bertulis kepada Astro AWANI.
Mengulas
berkenaan aktiviti kempen, Abdul Ghani berkata, calon atau parti
bertanding sememangnya digalakkan berkempen mengunakan platform media
sosial.
"Ia seperti mana yang disarankan
sejak penularan pandemik COVID-19, bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK)
Chini, Slim dan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sabah.
"Bukan itu sahaja, calon atau
parti bertanding juga digalakkan menggunakan media massa untuk berkempen
seperti melalui iklan surat khabar ataupun temu ramah.
"Pada
masa yang sama, pengedaran risalah melalui pos juga boleh dilaksanakan.
Ini terpulang kepada kreativiti calon atau parti yang bertanding untuk
meraih sokongan," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan