KUALA LUMPUR – Pas tidak menolak kemungkinan rakyat akan menjatuhkan mana-mana pemimpin mahupun wakil rakyat yang menolak Belanjawan 2021 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan, pengundi tidak akan melupakan tindakan itu ketika negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
“Rakyat akan ingat sampai bila-bila siapa yang tolak Belanjawan 2021. Terimalah padahnya pada PRU15,” ciapnya di Twitter miliknya, hari ini.
Pada Jumaat lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sebulat suara tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas.
Menurut Mohamad, keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan