HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Disember 2008

638 mangsa banjir Johor masih berada di lima pusat pemindahan

BERNAMA


JOHOR BAHARU — Keadaan banjir di daerah Muar dan Batu Pahat tidak berubah dengan sebanyak 638 mangsa banjir masih ditempatkan di lima buah pusat pemindahan di kedua-dua daerah.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 601 daripada mangsa terbabit adalah dari sembilan buah kampung di Muar, manakala selebihnya dari sebuah kampung di Batu Pahat.

Sembilan buah kampung yang terjejas akibat banjir di Muar adalah Kampung Sialang Dalam, Kampung Seberang Gajah, Kampung Tanjung Labuh, Kampung Sri Makmur Baroh, Kampung Parit Idris, Kampung Parit Dahlan, Kampung Parit Timin, Kampung Parit Sialang dan Kampung Telok Rimba, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Batu Pahat, kesemua 37 mangsa banjir adalah dari Kampung Parit Yusof Darat, katanya.

Tiada ulasan: