BERNAMA
KUALA LUMPUR — Kesemua 11 anak kapal Masindra 7, kapal tunda milik syarikat Malaysia yang ditawan lanun di perairan Yemen pada Selasa lepas, dilapor berada dalam keadaan selamat dan sihat.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Wisma Putra juga telah memberitahu perkara itu kepada Kedutaan Besar Indonesia di sini memandangkan kesemua anak kapal itu terdiri daripada warga negara Indonesia.
“Perampas kapal tunda itu dalam komunikasinya dengan pemilik kapal, Masindra Shipping (M) Sdn Bhd, melalui telefon satelit telah memaklumkan kapal itu akan dibawa ke perairan Somalia serta urusan pembayaran wang tebusan akan dibincangkan kemudian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Rais berkata bahawa daripada taklimat yang diberi oleh wakil Syarikat Masindra Shipping Sdn Bhd, kapal itu mempunyai bekalan makanan yang boleh menampung selama 30 hari.
Katanya syarikat itu turut mengharapkan kerjasama kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan krisis itu tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan