HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Disember 2008

Isu ketuanan Melayu: Soi Lek temui polis

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang mempersoal dan menolak konsep ketuanan Melayu baru-baru ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu tiba di Balai Polis Sunway, Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 9 pagi dan memberi keterangan kira-kira selama 40 minit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Soi Lek dipanggil untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Menurutnya, siasatan itu adalah ekoran dua laporan polis yang dibuat ke atas Soi Lek itu berhubung isu ketuanan Melayu baru-baru ini.

Tiada ulasan: