HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Disember 2008

Seludup lembu ketika banjir

BERNAMA


RANTAU PANJANG: Para penyeludup mengambil kesempatan daripada musim banjir yang sedang melanda Kelantan dengan menyeludup lembu.

Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dengan mengheret lembu dari tebing sungai yang tepu dengan air banjir untuk ke darat.

Sebanyak 123 ekor lembu bernilai kira-kira RM492,000 dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam empat serbuan berasingan di Tumpat, Bachok, Kota Baharu dan Pasir Mas sejak beberapa hari ini.

“Kita percaya lembu-lembu berkenaan diseludup untuk pasaran pada Hari Raya Aidiladha nanti dan penyeludup tidak menghiraukan risiko keselamatan mereka memandangkan permintaan untuk haiwan ternakan itu tetap meningkat,” kata Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superintendan Rooslan Radzi.

Beliau berkata sebanyak 15 ekor lembu dirampas Ahad lalu di kawasan Simpangan, Tumpat, diikuti rampasan 52 ekor lagi di Bachok semalam dan 35 ekor di Binjai, Kota Baharu juga semalam serta 21 ekor lagi di Bakong, Pasir Mas pada hari yang sama. -

Tiada ulasan: