HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 September 2009

IPU: 3 kawasan tidak sihat, 36 sederhana

BERNAMA


Tiga kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman dan Samarahan mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Sri Aman meningkat daripada 109 pada malam semalam kepada 112 pagi ini, manakala di Kuching meningkat daripada 91 kepada 104, dan Samarahan pula daripada 108 kepada 128.

Selain itu, 36 kawasan mencatatkan IPU sederhana antaranya Sarikei (86); Tawau (81); Kapit dan Sibu (78); Bintulu dan Pasir Gudang (70); Muar (69); Pelabuhan Klang (68); Labuan (63); Port Dickson (64); Balok Baru, Kuantan (62); dan Seberang Jaya 2, Perai (60).

Turut mencatatkan IPU sederhana ialah Larkin Lama dan Keningau (59); Cheras (58); Bukit Rambai (57); Country Heights di Kajang, Bakar Arang di Sungai Petani dan Shah Alam (56); Kemaman (54); Kuala Terengganu (53); Tanjung Malim (52); serta Batu Muda di Kuala Lumpur (51).

Sepuluh kawasan merekodkan IPU baik iaitu Indera Mahkota di Kuantan dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (49); Jalan Tasek, Ipoh (48); Bandaraya Melaka (46); Putrajaya (45); Tanah Merah (43); Universiti Sains Malaysia (41); Masjid Sultan Ismail Kota Baharu (38); Sandakan (37); dan Kangar (28).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Tiada ulasan: