HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 September 2009

Kekalkan identiti bangsa dalam borang rasmi kerajaan

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong penuh deklarasi yang menuntut supaya kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam semua borang rasmi kerajaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu tidak sepatutnya dihapuskan kerana ia secara tidak langsung menjejaskan jati diri bangsa itu sendiri.

“Perkasa tidak mahu perkara sedemikian berlaku. Jika kerajaan bertindak sedemikian (hapuskan) secara keseluruhan perjuangan untuk mengangkat status Bumiputera alam terhapus,” katanya.:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus, Tan Sri Dr Ismail Hussein yang mahu kerajaan meluluskan deklarasi tuntutan agar kerajaan tidak berbuat sedemikian dalam borang rasmi kerajaan.

Ibrahim berkata, sekiranya perkara itu diteruskan ia akan bertentangan dengan fasal 153 kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa orang Melayu.

Katanya, dalam konteks tersebut, Perkasa mendesak kerajaan membuat kajian lebih teliti dan mendalam terhadap sesuatu perkara sebelum melaksanakannya kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat.

“Saya berasakan belum tentu Barisan Nasional (BN) dapat undi daripada kaum Cina dan India hasil penghapusan identiti itu,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau turut menyokong penuh pindaan Akta Bahasa 1967 selaras dengan resolusi perhimpunan Melayu anjuran Perkasa sebelum ini dan berharap sokongan itu untuk mengekal serta melaksanakan Dasar Kebangsaan sebelum ini.:

Dalam pada itu, isu membabitkan kepala lembu sebagai bantahan dan protes terhadap pemindahan kuil ke Seksyen 23, beliau berkata Perkasa telah menyiasat isu terbabit.

“Kita mendapati mereka adalah hanya penduduk dan campuran ketiga-tiga parti Melayu (tidak ada sentimen parti dalam kalangan umat Melayu Islam dan tidak ada hasutan mana-mana pihak).

“Kepala lembu bukan dituju pada Hindu tetapi Menteri Besar dan Exco bukannya kepada penganut agama Hindu,” katanya.

Tiada ulasan: