HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 September 2009

Teresa saran ruangan bangsa, agama dihapuskan

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok menyarankan Kerajaan Pusat menghapuskan ruangan bangsa dan agama dalam semua borang di negara ini sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau kita lihat negeri maju yang lain, mereka tidak meletakkan ruangan bangsa dan agama tetapi hanya ruangan warganegara sahaja,” katanya.

Selain itu beliau turut menggesa polis bertindak tegas ke atas mereka yang terbabit dalam perarakan di Bangunan SUK Jumaat lalu.

Katanya, insiden itu mengejutkan semua pihak dan seolah-olah mereka yang terbabit tidak faham dengan konsep 1Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Iskandar A Samad tidak menolak kemungkinan terdapat provokasi daripada pihak yang cuba mencetuskan isu ini.

“Ini mungkin jalan pintas atau pintu belakang bagi mereka (Barisan Nasional) untuk mengambil alih kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Saya menasihatkan penduduk khususnya di Seksyen 23 berhati-hati dalam menghadapi situasi yang sedang hangat diperkatakan ini dan bersabar menunggu dialog bersama Menteri Besar yang dijangka 5 September depan sebagai usaha menyelesaikan isu ini,” katanya.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau amat terganggu dengan insiden bantahan itu.

“Demonstrasi adalah satu perkara yang lazim di negara demokrasi. Perhimpunan secara aman, mempamerkan kain rentang adalah sesuatu yang boleh diterima asalkan tidak menghina bangsa dan agama lain,” katanya.

Tiada ulasan: