HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 September 2009

NGO rayu Sultan campur tangan

BERITA HARIAN ONLINE


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dirayu campur tangan bagi menyelesaikan isu pembinaan kuil di Seksyen 23 bagi mengelak kontroversi itu menjadi lebih sensitif dan mengganggu keharmonian kaum.

Timbalan Presiden Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Dr Ibrahim Ghaffar, berkata kerajaan negeri perlu merujuk kepada Sultan Selangor yang menjadi lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum dan meminta nasihat daripada baginda bagi menyelesaikan itu untuk kebaikan semua pihak.

"Sultan sebagai penaung sesebuah negeri dan tempat rakyat tanpa mengira kaum untuk bernaung. Campur tangan dan nasihat yang diberikan Sultan sudah pasti dijadikan sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ibrahim berkata, isu pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam itu hanya akan selesai jika Sultan Selangor memberi nasihat yang sudah pasti akan dipatuhi kerajaan negeri dan rakyat pelbagai kaum.

Katanya, masalah membabitkan isu agama itu tercetus kerana Exco diberi kuasa mutlak untuk membuat keputusan tanpa perlu merujuk atau mendapat persetujuan pihak lain.

Ibrahim yang mewakili 34 gabungan NGO di Selangor berkata, kerajaan negeri perlu segera menubuhkan majlis rundingan agama bukan Islam yang dipengerusikan Sultan Selangor supaya sebarang keputusan boleh dirujuk kepada baginda.

Tiada ulasan: