HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 November 2009

KONTROVERSI TERBARU: CHIN PENG MOHON MAAF TAPI KATA JIKA ASKAR MATI, KOMUNIS PUN MATI JUGA

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk pertama kalinya menawarkan permohonan maafnya kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang pernah mengharungi kesengsaraan akibat keganasan anggota-anggota PKM sewaktu zaman darurat dahulu.

Dalam satu temuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.

“Dalam kes-kes tertentu kami mungkin telah melakukan kesilapan...tetapi itu semasa era perang. Dalam perang, susah hendak kita bezakan siapa yang bersalah dan tidak bersalah tapi jika ada di antara kami yang dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian orang awam, dengan itu saya ingin memohon maaf...dan saya juga minta maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini,” katanya.

Kata Chin Peng, beliau mengambil pertanggungjawaban penuh ke atas apa yang telah dilakukan oleh komrad beliau di sepanjang era darurat itu.

Bagaimanapun pada temuramah tersebut, Chin Peng memberitahu wartawan The Star, beliau tidak akan mengharapkan masyarakat dapat memaafkanya tetapi berkata apa yang beliau lebih mengharapkan ialah untuk mereka melupakan apa yang telah berlaku di zaman silam.

“Apa yang berlaku dulu adalah pada waktu perang. Jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan,” kata Chin Peng lagi.

Pada usia 85 tahun, Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak. Tetapi beliau juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Temuramah penuh dengan Chin Peng boleh diikuti di dalam The Sunday Star hari ini.

Tiada ulasan: