TERKEJUT beruk juga bila saya membaca tulisan dari sahabat saya di dalam blognya Perisik Rakyat hari ini. Beliau menulis tentang Kerajaan P.Pinang tidak pernah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul selama 3 tahun iaitu mulai tahun 2003, 2004 dan 2005. Kerajaan P.Pinang sekadar mengadakan sambutan Maulidur Rasul sahaja pada tahun tersebut. Bila difikirkan, mustahil juga kerana sewaktu itu Bn yang memerintah P.Pinang dan Umno adalah tunjang kerajaan. Bukankah Umno ini tidak terasa `Islam'nya jika tiada perarakan Maulidur Rasul? Terfikir pula di benak saya, mungkinkah ketika itu Umno belum lahir di P.Pinang? Atau ketika itu belum keluar fatwa bahawa Perarakan Maulidur Rasul itu adalah WAJIB diadakan. Jika tidak, masakan Umno boleh berdiam diri ketika KM P.Pinang sewaktu itu dari pemimpin Gerakan tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sebagaimana yang Umno lakukan sekarang. Untuk memastikannya, cuba lihat rekod di JAIPP betul atau tidak kerajaan P.Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun-tahun yang disebutkan tadi. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 18 Februari 2010
3 Tahun, Kerajaan P.Pinang Tidak Anjur Perarakan Maulidur Rasul ?
Oleh: WFAUZDIN NS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan