HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Februari 2010

Saiful Cerita Saat Ketika Bekerja Dengan Anwar

PAHANG DAILY


Sekitar jam 10.57 pagi, Saiful kemudian menerangkan bagaimana dia mula-mula berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada bulan Mac 2008. Saiful berkata, pada bulan Mac dia dihubungi oleh sahabatnya semasa di Uniten yang bernama Rahimi Osman (foto) yang menyuruhnya datang ke pejabat Anwar dan kemudiannya ditawarkan kerja membantu jentera pilihanraya.

Saiful menjelaskan kali pertama bertemu Anwar, ia banyak bercerita tentang program ceramah pilihanraya, Dia menyatakan yang dia amat terkejut kerana tidak tahu apa-apa mengenainya. Anwar kemudian berkata kepadanya "I appreciate your help", sebagai isyarat menerima Saiful bekerja sebagai sukarelawan pilihanraya. Saiful menyatakan kepada mahkamah bahawa ketika itu Anwar adalah idolanya.

Sekitar jam 11.00 pagi Saiful kemudiannya menerangkan mengapa dia meletakkan jawatan. Menyatakan dia "tak ingin diperlakukan sedemikian lagi". Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian membantah penggunaan perkataan "sedemikian lagi". Saiful kemudian menyatakan Anwar telah menawarkannya tawaran, memujuknya supaya jangan berhenti dan menawar untuk menaja pengajiannya sepenuh masa dengan bayaran gaji penuh dan elaun.

Saiful menyatakan dia ketakutan semasa itu dan akhirnya bersetuju dengan tawaran Anwar, majikannya ketika itu. ketika Saiful beri keterangan pihak pendakwa didapati menayangkan rakaman CCTV di layar putih apa yang tidak dapat ditayangkan semalam.


Inilah wajah Rahimi Osman, sahabat karib Saiful di Uniten yang telah
membawa masuk Saiful (malapetaka besar buar Anwar Ibrahim itu
)

Rakaman video yang dipaparkan menunjukkan kereta Saiful Bukhari Azlan berwarna maroon sampai ke kondominium Desa Damansara dan berkata sesuatu dengan pengawal.

Dilaporkan video itu jelas dan kedudukan CCTV "begitu tepat". Satu lagi rakaman yang ditayangkan ialah ketika Saiful meninggalkan kondominium terbabit. Peguam Anwar, Karpal Singh kemudiannya membantah gambar yang disiarkan oleh media arus perdana Utusan. Malaysia tetapi hakim menolak bantahan itu dan menyatakan tidak ada apa salahnya pada gambar tersebut.

Sekitar jam 11.19 pagi hakim, peguamcara, pendakwaya, peguambela, Saiful dan Anwar bersiap sedia untuk sekali lagi mengadakan lawatan ke kondominium Desa Damansara. Anwar dan peguamnya tiba di kondomininium terbabit sekitar jam 12.09 tengahari tadi.

Sementara itu satu laporan polis akan dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian berhubung dengan artikel bertajuk "Ini katil yang didakwa liwat" yang dipercayai telah menghina mahkamah.

[Melihat kepada keterangan yang diberikan oleh Saiful Bukhari Azlan ini, menampakkan kepada kita bahawa kes ini bertambah rumit sebenarnya. Seperti apa yang pernah kami huraikan terdahulu bahawa apakah kewajaran pihak polis menerima laporan Saiful diliwat tanpa merujuk kepada laporan perubatan yang dikeluarkan oleh doktor terbabit.

Apakah asas pendakwaan dibawak seksyen 377B yang menyebabkan Anwar terpaksa dibicarakan itu?. Walhal, seksyen 377B mewajibkan kejadian yang berlaku mestilah ada kemasukan atau tusukan ke dalam dubur Saiful.

Jika dilihat kepada laporan perubatan Pusrawi itu, ternyata perkara itu tidak berlaku dan bukti-bukti klinikal selepas pemeriksaan doktor siap ditunjukkan sekali kepada media. Malah doktor terbabit membuat akuan sumpah tentang pemeriksaan yang dibuatnya terhadap Saiful Bukhari.

Soalnya kenapa laporan itu dibiarkan dan pendakwaan terus dilakukan hanya berdasarkan keterangan mulut yang diberikan oleh Saiful Bukhari?].

Tiada ulasan: