HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Februari 2010

Tuduhan tidak jejas Anwar sebagai penasihat ekonomi

Harakahdaily


SHAH ALAM: Perbicaraan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi dan dasar kebajikan dan beliau percaya perbicaraan yang melibatkan tuduhan palsu tidak akan memberi kesan kepada kerjasama ini.

"Kami menerima komen dari rakyat Selangor bahawa kes tersebut adalah satu jenaka. Kerajaan Negeri menghargai segala idea dan usaha yang diberikan oleh saudara Anwar. Kami juga akan terus bekerjasama terutama dalam meningkatkan pelaburan asing ke Selangor,"kata Menteri Besar.

Minggu lalu, Khalid telah mengadakan satu mesyuarat bersama Datuk Seri Anwar berkenaan penstrukturan semula industri air di Selangor dimana mereka telah diberi taklimat mengenai perbincangan terbaru diantara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Mereka telah membincangkan, antara lain, cara untuk mengatasi masalah kebuntuan dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan akibat perbezaan pandangan segi penilaian dan syarat-syarat komersil yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya dan Dato’ Menteri Besar sekata dalam pandangan bahawa adalah amat perlu untuk Selangor menyatukan perkhidmatan air demi menjaga kepentingan rakyat Selangor. Harta dan operasi air perlu diserahkanpada Kerajaan Negeri dan penilaian harta yang dibuat perlulah adil kepada rakyat, "kata Anwar selepas mesyuarat tersebut.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Dato’ Menteri Besar dan pasukannya kerana bekerja keras dalam menjaga kepentingan rakyat Selangor selari dengan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Tiada ulasan: