HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 April 2010

Usul Heret Anwar ‘Usul Mandatori’

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kelulusan usul untuk mengheret Ketua Umum Pakatan Rakyat(PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilihat satu bentuk usul Mandatori dan tidak adil.

"Seolah-olah usul tersebut tidak mempunyai pilihan kecuali mengatakan Anwar bersalah.

"Tindakan selepas ini hanya akan memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap Anwar,"kata Ahli Parlimen (AP) Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar kepada erapakatan.com.

Sementara itu, AP Gombak, Azmin Ali dalam kenyataannya mengatakan tindakan meluluskan usul tersebut merupakan usaha terancang Umno untuk menyembunyikan kesilapan Umno dan tidak terus membawanya ke Parlimen.

"Anwar telah mengemukan segala dokumen dan bukti kenapa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mengambil serius tentang bukti tersebut malah menuduh Anwar mengelirukan Dewan," kata Azmin.

Dewan Rakyat Khamis meluluskan usul untuk merujuk Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang mengaitkan dasar gagasan 1Malaysia dengan sebuah syarikat perhubungan awam dan strategi yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.

Usul itu yang dibahaskan sejak 10 pagi tadi diluluskan pada 3.05 petang apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sesi penggulungan usul itu selepas anggota PR mendesak beliau supaya usul itu ditarik balik.

Ahli Parlimen PR yang membantah usul tersebut bertindak keluar dewan.

Tiada ulasan: